Categories
Berita Business Ekonomi

MINETECH LEBARKAN SAYAP KE KAZAKHSTAN

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Salah satu syarikat perlombongan terbesar Malaysia, Minetech Resources Berhad, merancang untuk melebarkan sayap ke Kazakhstan.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Awang Daud Awang Putera berkata, “Kazakhstan mempunyai potensi pembangunan yang besar namun masih belum dimanfaatkan sepenuhnya”,

“Justeru, Minetech bakal menawarkan kepakarannya dalam perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian EPCC di negara berkenaan”,

“Kami yakin Minetech mampu memperoleh nilai perniagaan sehingga RM30 juta daripada jumlah keseluruhan kontrak yang dibida”, katanya selepas pelancaran logo baharu Minetech, pagi tadi.

Pihaknya dijadual memeterai perjanjian persefahaman dengan rakan niaga dari Kazakhstan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.

 

Sumber: RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *