Categories
Berita Jenayah

MISTERI KECURIAN 82 BUAH BERHALA, SEORANG LELAKI DITAHAN

Seorang lelaki ditahan pada Khamis selepas disyaki terlibat dalam kes curi patung berhala di beberapa kawasan di ibu kota.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, suspek berusia 44 tahun itu ditahan susulan laporan kecurian patung berhala bernilai RM3,000 di Kampung Baru Salak Selatan.
“Suspek ditahan di Jalan Gombak, Wangsa Maju dan pemeriksaan lanjut di rumah suspek di Batu 5, Jalan Gombak mendapati sebanyak 82 patung berhala dan peralatan untuk sembahyang ditemui.
“Suspek yang bekerja sebagai mekanik mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah dan dua rekod jenayah lain,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohamed Mokhsein berkata ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Suspek direman selama empat hari bermula Jumaat.
“Dengan penahanan suspek, dipercayai beberapa kes yang dilaporkan berkaitan kecurian patung berhala di kawasan sekitar berjaya diselesaikan.
“Siasatan lanjut mengenai motif kejadian sedang dijalankan,” jelasnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *