Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Semoga Allah memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara dan melindungi negara dari ancaman orang-orang yang tamak dan gila kuasa demi kepentingan peribadi”, kata Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Johor berkenaan situasi politik sekarang.
“Situasi sekarang adalah petunjuk jelas yang menunjukkan apa yang akan berlaku bila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada orang-orang politik sahaja”,
“Di dalam situasi hari ini apa yang paling penting adalah kebajikan rakyat harus sentiasa diutamakan dan pemulihan ekonomi dapat terus bergerak dengan lancar”, tambah TMJ lagi melalui hantaran di facebooknya semalam.
TMJ juga menjelaskan kepentingan sistem beraja di mana Raja-Raja Melayu berfungsi memberi kelebihan semak dan imbang (check & balance) dalam pentadbiran negara.
PenggerakDaily