Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kementerian Pembangunan Luar Bandar memohon peruntukan tambahan berjumlah hampir RM1 bilion susulan penstrukturan kementerian ini pada Mac lepas.
“Penstrukturan berkenaan menyaksikan tiga agensi diletakkan di bawah kementerian itu, iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA); Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa)”, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
“Belanjawan tambahan ini adalah untuk kepentingan masyarakat luar bandar dan Orang Asli, jadi saya berharap apabila ia dibentangkan di Dewan Rakyat semua Ahli Parlimen dapat meluluskannya.
“Ini untuk memastikan dividen, pembangunan kawasan ladang getah dan ladang sawit dapat diberikan”,
Tambah Rahman lagi, belanjawan yang diminta ini agak besar kerana sebelum ini ketiga-tiga agensi ini di bawah kementerian lain.
Sumber: BERNAMA