Categories
Berita Politik

MUAFAKAT DAN TERBUKA UNTUK KESTABILAN NEGARA – AZMIN

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Penting untuk kita  bersikap terbuka dan memilih jalan pendamaian bagi membolehkan negara dalam keadaan stabil, demikian kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali.

Kestabilan merupakan syarat penting bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan pada pembangunan negeri serta negara dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kata Azmin lagi, “bagi saya yang penting ialah untuk membingkai muafakat dan mencari jalan pertemuan kerana cabaran yang kita hadapi hari ini amat getir”,

“Kita boleh selesaikan semuanya sekiranya kita bersedia untuk mengambil sikap yang terbuka dan berlapang dada bagi mencari perdamaian di kalangan kita dalam negara ini”.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyifatkan penyertaannya dalam Muafakat Nasional (MN) tidak akan mengukuhkan kerjasama politik itu.

Nur Jazlan turut menyifatkan kerjasama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak kukuh sekalipun bersama dalam Perikatan Nasional (PN) berikutan ia hanya kerjasama politik dan bukan parti berdaftar.

Bagi Azmin pula, beliau optimis perpaduan akan tercapai jika setiap orang mempunyai niat yang baik dan memilih jalan perdamaian demi rakyat dan negara.

Keyakinan itu didokong dengan kesedaran umat Islam ketika ini mengenai pentingnya perpaduan di kalangan rakyat bagi menghadapi cabaran yang kian getir termasuk wabak COVID-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *