Oleh: Editorial Penggerak Daily
Seorang ibu menderita kanser tahap 4, Puan Letchumi telah mendapat perhatian Pengerusi Penggerak Komuniti Negeri Sembilan, Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan.
Prihatin dengan nasib ibu yang kritikal, tambahan perlu menyara seorang anak yang berusia 10 tahun dan masih bersekolah, Sanjeevan telah menghulur bantuan berupa barangan dapur dan wang tunai.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan ibu tersebut”, katan Sanjeevan.
“Jadikan sifat pemurah dan prihatin sebagai budaya harian kita, ayuh kongsi rezeki bersama insan memerlukan”.
“Mulakan dengan mereka yang tinggal di kejiranan kita”, tambahnya lagi.
PenggerakDaily