Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang dipercayai membunuh anaknya berusia lapan bulan di Kampung Sungai Dua, Bachok, pagi semalam ada kaitan dengan ajaran sesat.
Ia berdasarkan cara bayi lelaki berkenaan dibunuh dan badan dilumur garam serta halusinasi yang dialami suspek.
Menurut polis, suspek berusia 40 tahun itu tidak bercakap untuk diambil keterangan, sebaliknya hanya berzikir dan memaklumkan dia mendengar suara malaikat, sebelum membunuh anaknya.
Dalam kejadian semalam, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati, termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh bapa kandung menggunakan objek tumpul.
Laporan bedah siasat menunjukkan, punca kematian bayi berkenaan disebabkan kecederaan di kepala disebabkan hentakan.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya menunggu keputusan laporan kimia sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebaliknya.
Sumber: Berita Harian