Oleh: Editorial Penggerak Daily
Program MyBrain15 akan dilaksanakan kembali selepas ditangguh ketika pemerintahan PH sebelum ini.
Pelaksanaan kembali program ini melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dilaksanakan menggunakan kaedah baru yang kini dalam proses kelulusan Unit Perancangan Ekonomi (EPU).
Sebelum ini, MyBrain15 telah dilaksanakan dalam RMK-10 dan RMK-11. MyBrain15 ini telah berjaya menaja seramai 56,910 pelajar mengikuti program di peringkat pasca siswazah dan sehingga Jun (2020), 34,207 pelajar bejaya menamatkan pengajian.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad, KPT berhasrat untuk melaksanakan program baru MyBrain yang memfokuskan kepada penajaan pelajar di peringkat pasca siswazah sebagai kesinambungan daripada program MyBrain15 yang ditangguhkan sebelum ini.
“Jadi KPT berhasrat menjadikan program berkenaan sebagai program jangka panjang yang akan dilaksanakan sepanjang RMK-12″, katanya di Dewan Rakyat hari ini.
PenggerakDaily