Categories
Berita

NAJIB DIPENJARA 12 TAHUN, DENDA RM210 JUTA

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Perdana Menteri keenam, Najib RazakĀ  dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi atas selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta diputuskan oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagi pertuduhan menyalahgunakan kuasa.

Menurut Mohd Nazlan, bagi tiga pertuduhan pecah amanah, hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan manakala tiga pertubuhan wang haram juga dikenakan penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Namun, semua hukuman bagi ketujuh-tujuh pertuduhan yang telah disabitkan berjalan serentak.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukumannya yang disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pada Isnin ini.

Mohd Nazlan memutuskan bahawa pihak pembelaan perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

 

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *