Oleh: Editorial Penggerak Daily
Bekas Perdana Menteri Malaysia berjenaka lagi. Kali ini lawak seramnya mengenai kekalahan Warisan Plus dalam PRN di Sabah, hari ini.
Najib Razak melalui laman facebook menyindir kekalahan Warisan Plus dengan ciapan, “Dengar ada kapal tengah karam malam ini. kat mana?”.
Sementara itu, Ketua BN Sabah Bung Moktar Radin mengisytiharkan kemenangan dan mendakwa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah yang mahukan perubahan,” katanya di ibu pejabat Umno Sabah di Kota Kinabalu.
Manakala sebelum ini, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudddin mengisytiharkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang dalam pilihan raya kali ini setelah keputusan tak rasmi menunjukkan mereka berjaya meraih 37 daripada 73 kerusi.
PenggerakDaily