Categories
Berita Budaya Jenayah Seram

NAK TAHU JANTINA ANAK, LELAKI KELAR PERUT ISTERI

Seorang lelaki di India ditahan selepas mengelar perut isterinya yang sedang mengandung dengan sabit untuk mengetahui jantina anak.

Tindakan lelaki itu menyebabkan isterinya cedera parah dan bayi lelaki itu meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.

Isteri malang itu telah diberi rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital di New Delhi, sejurus selepas insiden yang berlaku pada hari Sabtu.

Keluarga lelaki itu memberitahu, pasangan itu sudah mempunyai lima anak perempuan.

Polis memberitahu, bayi lelaki itu dikeluarkan pada lewat pada hari Ahad.

Lelaki berkenaan kini direman.

Di India, anak perempuan dilihat sebagai beban kerana keluarganya perlu mengeluarkan mas kahwin ketika berkahwin.

Manakala anak lelaki pula dihargai kerana sebagai pencari nafkah yang mewarisi harta dan meneruskan nama keluarga.

Pengguguran janin wanita telah dilarang di India, yang mana pilihan untuk mendapatkan anak lelaki menyebabkan bilangan anak perempuan berkurangan.

Menurut tinjauan pemerintah yang dikeluarkan pada bulan Julai, nisbah jantina India, atau jumlah wanita per 1,000 lelaki, adalah 896 antara 2015 dan 2017, turun dari 898 pada 2014-2016 dan 900 pada 2013-2015.

Sumber: MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *