Categories
Berita Budaya Politik

NASIHAT KELAKAR AMANAH JOHOR KEPADA PKN

Oleh: Ahmad Roi

Semalam, Ketua Parti AMANAH Ledang, Azhar Ismail menasihati Penggerak Komuniti Negara (PKN) Johor untuk mempertimbangkan kedudukan mereka dalam Perikatan Nasional (PN).

Kata Azhar, sudah tiba masanya PKN mempertimbangkan kerjasama dengan Parti BERSATU dan inilah masa yang sesuai melakukan perkara tersebut.

Nasihatnya panjang, tapi begitulah lebih kurang intipati nasihat Ketua Parti Amanah Ledang kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO), PKN, yang diakui keberadaannya dalam persada politik di Johor. Kalau tidak, masakan NGO ini diberi perhatian.

Bagi Roi, nasihat-menasihati ini amalan mulia, malahan tanda politik sihat isyarat adanya kebebasan bersuara. Tapi, Roi kenalpasti beberapa perkara yang kelakar dalam nasihat tersebut.

PKN dinasihatkan memutus hubungan dengan Bersatu, antara alasannya PKN harus memikirkan kesinambungan politik mereka. Dalam kata lain, kalau PKN mahu kekalkan kuasa, memutuskan hubungan dengan BERSATU merupakan satu strategik.

Kelakar pertama ialah sebuah parti yang tidak berkuasa dan tidak mempunyai pengaruh dalam kalangan mereka yang tidak memegang kuasa, menasihati bagaimana cara mengekalkan kuasa. Pelik, tapi itulah, setiap nasihat ada nilainya.

Kelakar kedua pula apabila Azhar memikirkan kerjasama dalam Parti BERSATU merupakan tindakan salah strategik. Maka, PKN harus pulang semula kepada PH sebagaimana Dr. Chong Fatt Full dinasihatkan menyokong semula PH.

Roi rasa ini kelakar kerana bagaimana Azhar boleh memikirkan kerjasama dengan PH merupakan satu langkah strategik di Johor. Sedangkan, banyak kajian seperti dari KITA, Ilham Centre menunjukkan parti yang bersandarkan liberal demokrasi seperti DAP tidak mendapat sokongan generasi Z (umur sudah layak mengundi).

Dengan kata lain, liberal demokrasi sebagai pegangan politik merupakan langkah keterbelakang bagi anak muda tahun 2020, termasuk di Johor. Sebab itu, idea seperti feminisme dan kebebasan beragama seperti yang dilaungkan kelompok liberal tidak mendapat tempat di Johor.

Jadi, apakah dengan bekerjasama dengan parti yang tidak mendokong aspirasi rakyat Johor merupakan langkah strategik bagi Azhar? Apatah lagi angin Pilihan Raya makin kencang.

Kalaulah Roi jadi Azhar, Roi nasihatkan PH Johor putuskan kerjasama dengan DAP. Kalau tidak, AMANAH keluar PH. Itu baru strategik dan berani. Kalah Mat Sabu.

PenggerakDaily

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *