Categories
Berita

NIISE DILENGKAP CIRI-CIRI PENGECAMAN WAJAH DAN BIOMETRIK

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan (NIISE) yang dijangka digunakan pada 2023 akan dilengkap ciri-ciri pengecaman wajah dan biometrik.

Kata Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin, sistem yang sedang dibangunkan kerajaan bagi menggantikan  Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) akan digunakan di semua pintu sempadan negara seperti di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

“Inisiatif ini menambah baik sistem manual bertujuan mengesan pergerakan keluar masuk warga asing malah mengesan individu tinggal di negara ini melebihi tempoh” katanya selepas menghadiri mesyuarat di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, semalam.

PenggerakDaily

Sumber foto: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *