Oleh: Editorial Penggerak Daily
Pembayaran cukai tanah di seluruh negeri Johor akan menikmati pemberian rebat sebanyak 15 peratus pada tahun ini mulai 1 Oktober 2020, lapor Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor dalam satu kenyataan hari ini.
“Tempoh bayaran cukai tanah dilanjutkan hingga 14 Disember 2020 dan denda lewat cukai tanah semasa akan dikenakan bermula 15 September 2020”,
“Bagi pemilik yang tidak menjelaskan cukai tanag semasa tahun 2020 bermula 15 Disember 2020, cukai tanah tersebut akan dikira sebagai tunggakan dan denda lewat dikenakan, mulai 15 Disember 2020”,
Dalam kenyataan itu lagi menjelaskan tiada pemberian rebat 15 peratus akan diberikan kepada pembayar cukai tanah yang menjelaskan selepas 14 Disember 2020.
“Bagi pembayar cukai tanah yang telah menjelaskan bayaran cukai pada tahun 2020, lebihan bayaran akan dikreditkan ke tahun berikutnya. Ini bermakna pada tahun 2021 rebat yang diterima adalah sebanyak 25 peratus.
PenggerakDaily