Categories
Berita Budaya Hiburan

NIRVANA, MUDA DAN GILA

Oleh: Ahmad Roi
Tahun 2020, kalau orang masih cakap pasal ‘grunge’, deep , avant garde dalam muzik, muncul band Nirvana di benak kita. Dengan Kurt Cobain yang ‘messy’ dan ‘intense’, Krist Novoselic yang gila-gila, line-up awal Nirvana sangat liar.
Awal-awal berkugiran, persembahan pertama Nirvana di ‘basement’, sebuah rumah di Washington.  Persembahan pertama, semua line-up mabuk teruk. Persembahan kucar-kacir, sebahagian penonton menyorok di dapur.
Nirvana bermula dengan ideologi yang sensasi seperti anti-homofobia dan anti-rasisme. Tindakan ini merupakan kritik paling nakal dari sekumpulan anak muda kepada sistem moden yang diterjemahkan dalam muzik.
Dalam album kompilasi “Incesticide”,  Cobain menitip sebuah pesan, “Saya minta maaf kepada peminat jika kami membenci homoseksual, manusia yang berbeza warna kulit, atau membenci perempuan (patriaki), tolong tinggalkan kami. Jangan pernah datang konsert dan jangan beli album kami”.
Berkawan dengan feminis, Kathleen Hanna mungkin membuatkan Cobain dan Nirvana lebih gila dan melawan kebiasaan.
Dalam temubual bersama Aaron Burckhard di Huffingtin Post, Cobain dikatakan tidak suka “mainstream’ (arus perdana). Jiwanya berontak. Anti-mainstream membuatkan Cobain tidak selesa dengan populariti dirinya dan muziknya.
Dalam temubual tersebut, Burckhad juga menjelaskan Cobain bukanlah pesakit depresi atau kemurungan. Dia lelaki yang kelakar, suka gurau. Namun, semuanya berubah setelah dia mengambil heroin.
Sumber: Music Addict Malaysia Group

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *