Oleh: Editorial Penggerak Daily
Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin mengatakan selain isu Muhyiddin, mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN hari ini turut berbincang mengenai perkara-perkara lain termasuk tidak akan bekerjasama dengan parti terdahulu (Pakatan Harapan).
“Apa yang kita bincang, rata-ratanya keputusan kita tidak akan bekerjasama dengan parti yang terdahulu (Pakatan Harapan), itu sahaja keputusan contohnya pandangan ramai dalam kalangan ahli Parlimen BN adalah ‘No Anwar, No DAP’ kita kekalkan keputusan itu,” katanya.
Beliau yang juga timbalan menteri komunikasi dan multimedia berkata, meskipun Agong sudah memberi amaran untuk semua menghentikan “politicking” namun dari sudut ekonomi sesuatu perlu dilakukan.
“Keadaan sekarang ini 50-50. Jadi pelabur tidak akan datang, ekonomi negara kurang baik dan yang buat keadaan begini adalah rakyat. Rakyat yang undi dulu ni kerana rakyat kena tipu.
“Keadaan hari ini rakyat yang buat keputusan tersebut, orang politik hanya nak betulkan keadaan jadi macam mana kita mahu betulkan keadaan? Ini yang kita patut bagi pandangan macam mana nak buat?
“Sekarang kita bincang apa yang terbaik untuk rakyat, sekarang ini rakyat jangan salahkan ahli politik.”
PenggerakDaily