Oleh: Editorial Penggerak Daily
Dalam bidang pertanian, Nuklear Malaysia telah memperkenalkan dua varieti baru padi – NMR151 dan NMR152. Kedua-dua varieti ini mempunyai tahap toleran yang tinggi terhadap penyakit serta keadaan cuaca yang tidak menentu.
Malahan, kedua-dua varieti ini mampu mengeluarkan hasil yang tinggi, kata Khairy Jamaluddin (Rembau) ketika menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun) mengenai program yang disediakan oleh Agensi Nuklear Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran teknikal berteraskan sains dan teknologi nuklear kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 pada sidang rakyat bermula hari ini.
Tambah Khairy lagi, Nuklear Malaysia bersedia berkongsi kepakaran yang dimiliki dalam penghasilan benih baru tanaman dan kaedah pengurusan pertanian cekap (precision agriculture) dengan golongan petani dan peladang.
Bagi sektor perubatan, Nuklear Malaysia mempunyai kepakaran menghasilkan radioisotop Samarium-153 untuk tujuan penjagaan paliatif bagi pesakit kanser tulang dan Iodin-131 untuk rawatan kanser tiroid. Kepakaran ini boleh menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup di kalangan pesakit kanser.
PenggerakDaily
Kredit gambar: Malay Mail