Oleh: Editorial Penggerak Daily
OPS BERSEPADU KHAZANAH (OBK) mencatatkan kejayaan besar tahun ini dengan penangkapan 64 pesalah hidupan liar, lebih 400 jerat berjaya dimusnahkan dan rampasan berjumlah RM636, 000.
OBK adalah salah satu usaha dalam membanteras segala aktiviti yang boleh mengancam dan memusnahkan khazanah alam negara.
Ditegaskan, perbuatan memiliki jerat merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Bersama-sama kita menyokong usaha yang dilakukan oleh negara kita dalam melindungi khazanah alam yang tidak ternilai.
Sebarang maklumat/aduan berkaitan hidupan liar boleh disalurkan ke Talian Hotline Jabatan PERHILITAN 1800-88-5151
PenggerakDaily