Oleh: Editorial Penggerak Daily
Pelakon comel sopan, Oki Setiana Dewi berjaya memperoleh doktor falsafah dengan membawa gelaran (dr) pada 23 Oktober lepas dari Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta.
Oki berhasil mempertahankan kajiannya bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respon atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh” di bawah bimbingan Prof. Dr. Azyumardi Azra dan Prof. Dr. Andi Faisal Bakti.
Oki yang terkenal sebagai Anna dalam filem Ketika Cinta Bertasbih merupakan alumni Universiti Indonesia.
PenggerakDaily