Oleh: Editorial Penggerak Daily
Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Johor Bahru Selatan telah mengadakan satu operasi yang dinamakan OP Didik bertempat di SMK Taman Damansara Alif, Johor Bahru. Operasi tersebut dijalankan dari jam 1200 tengahari hingga jam 2.00 petang semasa pelajar pulang dari sekolah, semalam.
Dalam Op Didik tersebut seramai (45)orang pelajar dan sebanyak (33) buah kenderaan telah diperiksa.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD JBS juga telah mengeluarkan (15) keping saman Pol. 257 diatas pelbagai kesalahan yang dilakukan dalam Operasi tersebut.
OP Didik ini diadakan bertujuan untuk memberi pendidikan dan nasihat kepada pelajar sekolah supaya mengambil langkah-langkah keselamatan dalam menggunakan motosikal dari rumah ke sekolah.
Insp Suraya Bt Bidi selaku ketua operasi turut membuat perjumpaan dengan guru sekolah dan membincangkan berkaitan masalah pelajar yang menggunakan kenderaan ke sekolah dan pihak sekolah amat mengalu alukan pihak PDRM menjalankan OP Didik di sekolah.
Pihak BSPT akan melaksanakan OP Didik ini secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umumnya tentang faktor keselamatan dan kepentingan mematuhi undang- undang jalan raya.
PenggerakDaily