Categories
Berita Business

MASALAH PENGANGGURAN DIJANGKA PULIH HUJUNG TAHUN

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Pasaran buruh dijangka mulai pulih pada akhir tahun ini berikutan langkah Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang membolehkan operasi perniagaan dibuka sepenuhnya pada 10 Jun 2020.

Jelas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin (Pagoh) ketika menjawab soalan Rubiah Wang (Kota Samarahan) mengenai kadar pengangguran masa kini di Sidang Parlimen yang bermula hari ini.

Ekoran krisis COVID-19 yang menyebabkan masalah ekonomi dan pembangunan khususnya pengangguran yang peningkat kepada 860,000 orang pada tahun ini.

Tambah Muhyiddin lagi, dalam menangani pengangguran kerajaan telah memperuntukkan hampir RM15 bilion melalui PRIHATIN dan PENJANA untuk dapat membantu hampir 3.3 juta rakyat yang terkesan dengan COVID-19. Antara inisiatif tersebut adalah seperti Program Subsidi Upah, Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan.

Selain itu, Kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi sedang dalam proses penyediaan pelan pemulihan ekonomi bagi jangka panjang dan akan dibentangkan pada bulan Oktober 2020. Antara lain, ia akan memberi tumpuan kepada penambahbaikan dalam pasaran buruh, reformasi institusi awam dan kerangka urus tadbir serta pelaksanaan pendigitalan dan Revolusi Perindustrian Keempat.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *