Categories
Berita

OPERASI TEBAH BANTERAS PELACURAN DAN PERNIAGAAN TANPA LESEN

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Operasi TEBAH (Tegas Banteras Aktiviti Haram) bagi membanteras aktiviti haram seperti  pelacuran dan perniagaan tanpa lesen di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan hari ini.
Operasi bersepadu yang melibatkan lapan agensi dan diketuai oleh Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Turut serta dalam operasi terbabit ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Sri Dr. Santhara bersama jumlah keseluruhan anggota yang seramai 178 orang dari lapan agensi yang terlibat –  DBKL, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).
Menurut Santhara, hasil daripada serbuan dan pemeriksaan, pelbagai tindakan penguatkuasaan telah diambil antaranya sitaan, penutupan premis, pecah sekatan, notis saman, notis perintah hadir dan pemotongan bekalan elektrik.
“Selain daripada itu, 55 notis kompaun telah dikeluarkan bagi pelbagai jenis kesalahan”,
“Tujuan Operasi TEBAH pada kali ini adalah bagi memastikan premis – premis terbabit ditutup dan disita peralatan agar tiada lagi kegiatan haram seperti persundalan berulang di masa akan datang”.
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *