Categories
Berita

OPS BEREPADU POLIS JOHOR DAN TNB BANTERAS PREMIS JUDI HARAM

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Polis Johor telah melancarkan Op Bersepadu pemotongan bekalan elektrik bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebentar tadi.
Menurut Ketua Polis Johor,Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pemilik perniagaan menyamar disebalik perniagaan mereka untuk menjalankan perjudian haram.
“Premis-premis ini telah diserbu sehingga tiga atau empat kali tetapi masih tidak serik membuat pemasangan secara haram dan menjalankan perjudian haram”,
“Untuk itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) ada kaedah tersendiri. Mereka ambil maklumat semua pemilik premis dan pemilik perniagaan yang menyalah guna lesen seperti yang saya katakan”, katanya pada¬† operasi pemotongan bekalan elektrik bersama TNB di sekitar Taman Daya, tadi.
“Pemotongan elektrik oleh pihak TNB bagi memberi isyarat kepada mereka untuk menghentikan kegiatan judi haram,” tegas Ayob Khan.
pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta menyenarai hitam pemegang lesen perniagaan yang menyalah guna lesen mereka untuk menjalankan kegiatan judi haram.
“Ia bagi mengelakkan premis yang berselindung di sebalik nama lain di papan tanda menjalankan kegiatan haram itu berulang kali”,
“Mereka menjalankan pelbagai jenis kegiatan perjudian secara haram, termasuk menjalankan mesin judi secara dalam talian, selain membuat penyambungan bekalan elektrik secara haram”,
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *