Oleh: Editorial Penggerak Daily
Polis Johor telah berjaya menumpaskan sebuah sindiket pelacuran dengan penahanan 13 ahli sindiket menerusi beberapa serbuan Ops Noda di hotel bajet sekitar bandar raya Johor Bahru.
Menurut Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, sindiket ini menggunakan perempuan Vietnam dan Indonesia sebagai pelacur dan mempromosikan perniagaan haram ini melalui aplikasi media sosial seperti Wechat, Michat dan Whatsapp.
“Sindiket terbabit juga menggunakan pelbagai taktik bagi mempromosikan pelacur termasuk membuat penghantaran ke tempat pelanggan dan juga membuat sistem bayaran hutang”,
Aktiviti sindiket yang aktif sejak 2018 ditumpaskan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor dengan kerjasama JSJ Bukit Aman.
“Pihak polis menahan 13 ahli sindiket termasuk seorang wanita dalam serbuan pada 27 Ogos dan semalam”,
“Dalam serbuan itu, seramai 31 pelacur warga asing berusia 19 hingga 63 tahun turut ditahan membabitkan Vietnam (22), Indonesia (9) dan seorang Thailand.
“Sindiket pelacuran terbabit beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dengan mengenakan bayaran antara RM190 hingga RM650 bergantung kepada pakej yang ditawarkan.
“Sindiket ini juga membenarkan pelanggan berhutang dan kebanyakan mereka terdiri warga asing dari Bangladesh.
“Warga asing kebiasaannya akan melanggan pelacur pada hujung minggu, dan nama mereka akan direkodkan dalam buku hutang sekiranya tidak mampu bayar,” katanya.
“Justeru, kita berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memainkan peranan dengan melakukan pemeriksaan kerap ke atas hotel bajet terbabit yang bertindak melakukan ubah suai.
“Kesemua suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 373 dan Seksyen 372 B Kanun Keseksaan.
“Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 39 (B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6 (1)(C) 1959/63 serta Seksyen 15 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63.
PenggerakDaily