Categories
Berita Budaya kemalangan Kesihatan seni

OTAI FESYEN, KENZO MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19

Kenzo Takada, pengasas jenama fesyen Kenzo, meninggal dunia akibat Covid-19.

Beliau meninggal dunia di American Hospital di sini pada usia 81 tahun.

Terkenal dengan rekaan grafik berwarna-warni dan bunga-bungaan, Kenzo adalah pereka fesyen Jepun pertama yang menempa nama dalam arena fesyen di Paris.

Beliau kemudian berpindah ke Perancis pada tahun 1960an dan menghabiskan usianya dengan karier di Paris.

Dilahirkan pada tahun 1939 di Osaka, Jepun, Kenzo tiba di Perancis pada tahun 1965 menaiki bot dan terus menetap di Paris.

Memulakan kariernya dengan membeli sebuah butik di Paris pada 1970 dan melancarkan barisan fesyen lelaki pada 1983 dan kemudian pakaian sukan kasual Kenzo Jeans dan Kenzo Jungle pada era 1980an.

Namun pada tahun 1993, Kenzo menjual jenama itu kepada konglomerat barangan mewah LVMH dan bersara daripada bidang fesyen.

Meskipun begitu jenama Kenzo masih menjadi antara jenama terkemuka yang berpusat di Paris sehingga kini.

Kenzo terkenal kerana keunikan rekaannya yang menggabungkan pengaruh seni Barat dan Asia.

Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo, antara peminat rekaan Kenzo menyifatkan media sebagai pereka yang cukup berbakat.

Sumber: MalaysiaGezzete

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *