Oleh: Editorial Penggerak Daily
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun kerugian RM295,950 menjadi mangsa Love Scam setelah berkenalan dengan seorang gadis melalui Facebook, Februari lalu.
Perkenalan mereka bermula apabila remaja tersebut ingin bertanyakan mengenai telefon yang diiklankan oleh gadis tersebut dengan menggunakan nama Dea Anis di Facebook.
Bermula dari situ, hubungan mereka terjalin dan remaja tersebut sering menghubungi gadis tersebut untuk berbual melalui aplikasi WhatsApp dan bermain permainan video dalam talian PUBG mobile.
Selepas empat bulan berkenalan, gadis itu meminta bantuan kepada remaja tersebut untuk meminjam wang dan permintaan itu dipenuhi.
Dalam tempoh 2 Mei hingga 20 Jun lalu, remaja tersebut telah meminjamkan wang kepada gadis itu melalui 21 transaksi pindahan wang ke dua akaun bank yang diberikan namun atas nama individu lain.
Selepas mengentahui penipuan itu, remaja tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Brinchang, Cameron Highlands semalam.
Kini, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki pemilik nombor akaun yang digunakan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
PenggerakDaily
Sumber: Sinar Harian