Categories
Berita Business Ekonomi

PAJ SEDIAKAN BAS RENTAS SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA BAGI PEJALAN KAKI

Menyedari kesukaran sesetengah pengguna yang merentas sempadan di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) di Tambak Johor, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) telah mula menyediakan perkhidmatan bas bagi membantu pejalan kaki di laluan berkenaan bermula petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Insfrastruktur negeri Mohd Solihan Badri berkata perkhidmatan yang baru bermula pukul 5.00 petang itu disediakan setelah pihaknya membuat penyelarasan iaitu membabitkan operator bas, PLUS Malaysia Bhd (PLUS), polis, imigresen dan semua agensi yang terlibat.

“Perkhidmatan bas ini mula disediakan pada pukul 5.00 petang tadi, kebetulan keadaan hujan dan bas berjaya membawa tiga penumpang.

“Namun, setakat pukul 6.00 petang didapati tiada lagi pejalan kaki kelihatan dari arah Singapura ke Johor, mungkin mereka masih berteduh di tempat pemeriksaan kastam di republik itu,” katanya menerusi kenyataan, di sini, pada Isnin.

Mohd Solihan berkata perkhidmatan bas akan disambung semula hari ini dan kekerapan perjalanan adalah bergantung kepada jumlah pejalan kaki yang menggunakan Tambak Johor.

Sumber: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *