Categories
Berita Food

PAKCIK DI BUNGKUSAN QUAKER OAT MENINGGAL DUNIA

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Siapa yang suka sarapan oat jenama Quaker Oats, pasti ingat wajah seorang lelaki di bungkusan atau tin bijiran tersebut. Pemilik wajah itu, Wilford Brimley dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun hari ini.

Pengurusnya, Lynda Bensky melaporkan mendiang meninggal di kediamannya kerana jatuh sakit beberapa hari yang lalu selepas dimasukkan ke dalam wad kecemasan di sebuah hospital.

Brimley menghidap penyakit diabetes pada era 1970-an dan pernah menjadi jurucakap bagi kesedaran mengenai penyakit tersebut.

Oleh sebab itu, dia mendapat tawaran untuk menjadi wajah kepada jenama gandum terkenal Quaker Oats.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *