Oleh: Editorial Penggerak Daily
Pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion bagi manfaat rakyat semasa menghadapi cabaran wabak Covid-19.
Menerusi pakej berkenaan hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Bercakap berkenaan pakej rangsangan ini, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Wilayah Persekutuan, Nor Hizwan Ahmad berharap kerajaan perlu pastikan tiada rakyat yang tercicir terutama golongan B40 dalam melaksanakan pakej ini.
“Amat malang jika pakej rangsangan yang berperanan mendepani impak pandemik COVID-19 ini tidak sampai ke akar umbi terutamanya golongan sasar”,
Tambah Hizwan lagi, penting untuk kerajaan memastikan semua golongan mendapat manfaat pakej ini lebih-lebih lagi kadar pengangguran dianggar meningkat kepada 5.5 peratus akibat pandemik tersebut”.
Di samping itu, Hizwan juga mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap penipuan yang membabitkan pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN dan PENJANA.
“Jalan terbaik untuk mendapatkan penjelasan mengenai cara untuk mengakses langkah Pakej PRIHATIN dan PENJANA dengan terus menghubungi Kementerian Kewangan atau agensi berkenaan.
Sebelum ini, pelbagai media telah melaporkan bahawa penipu kerap memperdayakan mangsa agar menyerahkan kad pengenalan dan butiran akaun bank mereka dengan alasan untuk menolong mereka memproses pinjaman atau mengeluarkan simpanan dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya.
PenggerakDaily