Oleh: Editorial Penggerak Daily
Sekumpulan pengkaji China dari Universiri Yangzhou mendapati mengepam tandas akan melepaskan zarah halus di ruang udara yang boleh menjadikan tandas awam berisiko untuk jangkitan COVID-19.
“Lebih 57 peratus zarah dikesan di persekitaran tandas,” kata pengkaji dalam kajian yang diterbitkan dalam Physics of Fluids.
Kajian sebelum ini pernah membuktikan bahawa mengepam tandas boleh menyebabkan zarah halus tersebar sejauh 3 kaki.
Penyelidik Universiti Yangzhou, Dr Ji-Xiang Wang menasihati orang awam agar lebih berwaspada bagi mengelak jangkitan di tandas awam.
“Turunkan penutup mangkuk tandas dahulu sebelum memulakan proses mengepam,” pesan Dr Wang.
Sebelum ini, pengkaji di China mendapati koronavirus boleh tersebar menerusi najis manusia. Orang ramai disyorkan memakai pelitup muka ketika menggunakan tandas awam.
Sumber: Awani