Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Sepatutnya sekarang (musim pandemik), semua parti politik kena buat apa yang dilakukan oleh Pertubuhan Jiwa Prihatin”, komen seorang pengguna facebook, Firdaus di ruangan status Polis Kedah berkenaan keprihatinan NGO tersebut menyumbang topeng muka dan pensanitasi kepada Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kedah.
Menurut facebook Polis Kedah, sumbangan berupa penutup hidung dan mulut, pensanitasi tangan oleh pihak Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin untuk kegunaan petugas barisan hadapan.
“Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin, Datuk Tan Lek Khang kepada YDH CP Dato’ Hasanuddin Bin Hassan, Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sebentar tadi”.
Semoga Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin terus menjadi contoh dan teladan kepada NGO dan parti politik khususnya dalam tempoh berdepan dengan pandemik COVID-19.
PenggerakDaily
“