Oleh: Editorial Penggerak Daily
Majlis Pembandaran Kuantan (MPK) menggunakan pendekatan kreatif dalam usaha menyuntik semangat patriotisme kepada warga Kuantan dengan menawarkan parkir percuma kepada orang ramai yang memasang Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing bermula 24 hingga 31 Ogos ini.
Inisiatif ini dilaksanakan sempena sambutan kemerdekaan negara ke-63, kata Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal.
“Bagaimanapun, tawaran parkir percuma itu juga tertakluk kepada syarat”,
“Jalur Gemilang pada kenderaan perlu mengikut saiz dan cara pemasangan yang ditetapkan. Bendera pula mesti cantik, tidak pudar dan koyak”,
“Tawaran itu hanya tertakluk kepada tempat letak kereta bawah MPK sahaja dan bagi mereka yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan, tindakan kompaun atau apit tayar tetap akan diambil walaupun memasang Jalur Gemilang”.
Sumber: Sinar Harian