Seorang wanita di China bawa puluhan ahli keluarganya ke janji temu pertamanya bersama dengan seorang lelaki bagi menguji kemurahan hati lelaki tersebut, seperti dalam salah satu babak dalam filem P. Ramlee.
Tanpa memaklumkan kepada lelaki tersebut terlebih dahulu, wanita itu telah muncul bersama 23 ahli keluarganya dan mengubah janji temu romantik berkenaan kepada jamuan keluarga.
Wanita tersebut kemudiannya telah ditinggalkan dengan bil berjumlah kira-kira 12 ribu selepas lelaki tersebut menghilangkan diri dari restoran itu setelah menerima bil tersebut, lapor media China.
Menurut Daily Mail, mereka berdua kemudiannya telah mencapai kesepakatan dengan lelaki berkenaan akan membayar sebahagian kecil makanan manakala baki yang lain pula akan dibayar oleh kesemua 23 ahli keluarga wanita tersebut.
Sumber: Daily Mail