Oleh: Editorial Penggerak Daily
Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahu memastikan kekayaan negara akan dapat dikongsi secara adil dan saksama merentasi kelas pendapatan, etnik dan wilayah, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,
“Dalam masa tujuh bulan ini (selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan), kerajaan PN dilihat bersungguh-sungguh mendekati rakyat dan (telah) mendapat pengiktirafan dunia sebagai sebuah kerajaan terbaik dalam menjalankan usaha pemulihan Covid-19, mahupun pemulihan ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bicara Produktif anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara semalam.
Mohamed Azmin berkata, apa yang berlaku sebelum ini adalah kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memenuhi aspirasi rakyat.
“Walaupun saya sebahagian daripada pentadbiran kerajaan (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) pada ketika itu, namun saya juga merasakan apa yang dilakukan sebelum ini, tidak banyak dapat membantu masalah yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.
PenggerakDaily