JOHOR BAHRU: Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor di Taman Daya di sini akan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini dan dijangka dibuka semula pada 24 Januari depan.
JPJ dalam satu kenyataan memberitahu, penutupan itu dibuat bagi membolehkan kerja sanitasi dan pembersihan dilakukan di pejabat berkenaan.
“Dimaklumkan pejabat JPJ Johor akan ditutup sepenuhnya kepada orang ramai bermula hari ini sehingga 24 Januari depan.
“Sehubungan itu orang ramai boleh berurusan dengan JPJ di pejabat cawangan lain serta di kaunter Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor,” jelas kenyataan itu.
Difahamkan pejabat berkenaan berkemungkinan dibuka semula lebih awal sekiranya mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penggerak Daily