Categories
Berita

PELAJAR B40 DIKECUALIKAN KOS KUARANTIN – ISMAIL

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Pelajar yang pulang dari luar negara tetapi tidak mampu membayar kos kuarantin wajib serta berasal daripada keluarga B40 akan dikecualikan daripada membayar kos tersebut.

Kata Menteri Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob, “mereka yang telah tiba di negara ini boleh membuat rayuan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)”,

“Manakala yang bakal tiba pula akan dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) untuk menjalani kuarantin wajib tersebut”.

Ismail Sabri berkata, bagi pelajar yang pengajiannya ditaja, mendapat pinjaman atau biasiswa, kos kuarantin perlu ditanggung oleh badan penaja.

Katanya, pelajar yang berkemampuan pula perlu membayar sendiri kos kuarantin selama 14 hari itu.

Sehubungan itu beliau meminta pelajar yang bakal pulang mendaftar dengan Kementerian Luar bagi mengisi butir-butir peribadi dan latar belakang keluarga agar kementerian itu dapat memaklumkan kepada Nadma.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan memandang serius insiden-insiden ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) kuarantin rumah yang telah menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 kepada ahli keluarga dan juga masyarakat sekeliling.

 

PenggerakDaily

Sumber: Sinar Harian

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *