Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menyedari masalah yg dihadapi oleh ramai pelajar IPT yang terkandas akibat penangguhan pendaftaran ekorann penularan COVID-19, Pemuda Negara Negeri Johor dan Penggerak Komuniti Negara Negeri Johor telah mengambil inisiatif menyediakan penginapan secara percuma kepada mereka.
Menurut Ketua Pemuda Negara Negeri Johor, Muhammad Saiful Bahari, mahasiswa yang terkandas di Semenanjung Malaysia khususnya di Johor dan berhadapan masalah penginapan, mereka boleh menginap di Rumah Pemuda Negara Negeri Johor.
“Rumah ini merupakan banglo yang dijadikan pusat pengurusan dan aktiviti bagi Pemuda Negara Negeri Johor”,
“Selain menempatkan ruang mesyuarat, rumah ini juga mempunyai bilik tidur yang dilengkapi katil, tilam dan bilik air yang lengkap berserta ruang rekreasi di dalam dan di luar rumah”,
“Dengan lokasi rumah di tengah-tengah bandar Johor Bahru, harapnya memudahkan pelajar memandangkan rata-rata mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri”,
Saiful juga berharap agar bantuan ini dapat meringankan lagi beban pelajar dan keluarga pelajar berkenaaan di samping dapat memastikan keselamatan pelajar di musim pandemik ini.
Sekira terdapat pelajar yang memerlukan bantuan penginapan sementara, boleh menghubungi terus Muhammad Saiful melalui facebook rasmi beliau, https://www.facebook.com/muhammad.saiful.16547.
PenggerakDaily