Oleh: Editorial Penggerak Daily
Inisiatif pihak Kementerian Perpaduan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang mengesyorkan pelajaran mengenai Rukun Negara merupakan cadangan sangat praktikal, kata Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.
“Di antara kandungan pelajaran Rukun Negara yang harus diketengahkan di dalam pengajian tersebut termasuklah mengenai hal kontrak sosial, sejarah kemerdekaan negara, realiti masyarakat majmuk, kepentingan Bahasa Kebangsaan serta kedudukan Raja Berpelembagaan”,
“Apabila usaha-usaha kerajaan ini berjalan sejajar dengan suasana masyarakat majmuk, maka tidak mustahil sikap saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat berbilang bangsa kembali menebal” menurutnya lagi dalam sebuah portal tempatan.
“Justeru itu, pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan amat penting bagi membentuk acuan perpaduan kaum dalam negara”,
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, sekiranya rakyat tidak bersatu hati memartabatkan asas pendidikan negara, maka tidak mustahil satu hari nanti anak cucu kita tidak tenteram walaupun berpijak di tanah air sendiri dan jauh sekali hidup harmoni dalam masyarakat majmuk.
PenggerakDaily