Oleh: Editorial Penggerak Daily
Pelakon Jepun, Haruma Miura meninggal dunia disyaki akibat bunuh diri di rumahnya, Minato-ku, Tokyo hari ini. Pelakon berusia 30 tahun itu ditemui dalam keadaan tergantung pada jam 1.00 petang waktu tempatan.
Jabatan Polis Metropolitan Tokyo, telah menemui surat yang dipercayai surat terakhir yang ditulis Haruma Miura. Pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci dengan anggapan bahawa sebab kematiannya adalah bunuh diri.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Profesor Nor Zuraida Zainal mendedahkan lebih 2,000 rakyat Malaysia, kebanyakannya golongan muda mati akibat bunuh diri setiap tahun.
Ini bermakna, purata tujuh kes bunuh diri berlaku sehari atau sekitar 200 sebulan atau tujuh orang daripada 100,000 penduduk negara ini nekad membunuh diri.
Statistik kadar bunuh diri dunia ialah daripada 100,000 orang, lebih 20 orang membunuh diri setiap hari atau setiap 30 saat seorang mengakhir hidupnya dengan membunuh diri.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) merekodkan jumlah kematian akibat bunuh diri mencecah sejuta orang setiap tahun
PenggerakDaily