Categories
Berita Business Ekonomi

PELAKSANAAN 5G, WUJUD 39,000 PELUANG KERJA

Sejumlah 39,000 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan menerusi pelaksanaan 5G.

Menurut Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Bursa Malaysia mengatakan pelaksanaan 5G akan memberi kesan yang mendalam pada pertumbuhan ekonomi negara, di mana ia dilihat bertindak selaku pemangkin pada produktiviti dan kelangsungan ekonomi negara.

Berdasarkan tinjauan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 5G berpotensi dalam menyumbang sehingga RM12.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mulai tahun 2021 hingga 2025.

TS Abdul Wahid Omar mengatakan dengan adanya pembabitan negara pada 5G ini, ia akan meluaskan lagi rangkaian perniagaan negara pada produk baharu dan perkhidmatan baharu.

Ini sekaligus dapat menghubungkan pelbagai jutaan peranti digital ekonomi, sosial dan kerjasama dengan operasi negara lain.

Oleh itu, negara perlu memanfaatkan peluang ini dengan tampil peneraju dalam meningkatkan semula pasaran modal negara.

Sumber: Rnggt.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *