JOHOR BAHRU: Satu kajian baru dalam Journal of International Psychology menunjukkan ramai pemilik kereta mewah paling tidak berhemah ketika di atas jalan raya.
Kajian yang dilakukan ke atas 1,892 pemandu kereta di Finland sebagai responden untuk menganalisis jenis keperibadian mereka.
Menurut ketua penyelidik, Jan-Erik Lonnqvist, dapatan kajian ini jelas, mereka yang memiliki kereta mewah seperti AUDI, BMW dan Mercedes menunjukkan sikap pemiliknya yang pentingkan diri sendiri, keras kepala dan tidak boleh bertolak ansur.
“Pemandu kenderaan ini “paling cenderung untuk melanggar lampu merah, tidak memberi laluan kepada pejalan kaki dan pada umumnya memandu dengan laju dan melulu”,
“Ini bukanlah kajian kali pertama malah dalam soal-selidik sebelumnya mendapati bahawa pemandu kereta mewah lebih cenderung mengabaikan peraturan lalu lintas dan memandu secara tidak beretika”, tambah Lonnqvist yang juga merupakan Profesor Psikologi Sosial di Universiti Helsinki.
Namun, kajian ini juga mendapati tidak semua pemilik kereta mewah bersikap begitu. Kajian ini juga mendapati bahawa lelaki dan wanita yang bercita-cita tinggi, dihormati dan berkeperibadian tinggi juga terdiri di kalangan pemilik kereta mewah ini, yang menurut Lönnqvist mencerminkan kualiti dan keinginan untuk mempamerkan imej diri serta kebolehpercayaan dalam kelas masyarakat.
Sumber: Mekanika