Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kampung Santubong akan menjadi pusat arkeologi apabila pembangunan tapak warisan di perkampungan yang terletak kira-kira 35 kilometer dari pusat bandar raya Kuching itu siap, tahun depan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
“Selain keindahan alam semula jadi, Santubong juga mempunyai banyak tinggalan sejarah dianggarkan berusia lebih 1,000 tahun”,
Berikutan itu katanya, kerajaan negeri berhasrat membangunkan kampung berkenaan untuk dijadikan sebagai antara destinasi pelancongan utama negeri ini.
“Tapak warisan yang terletak berhampiran Kampung Santubong kini sedang dibangunkan oleh Jabatan Muzium Sarawak iaitu Taman Arkeologi Sungai Jaong, Taman Arkeologi Bongkissam dan Bukit Maras dan Pusat Wallace”,
“Tapak warisan mempunyai kisah dan khazanah tersendiri yang boleh menjadi destinasi wajib dikunjungi pelancong. Sungai Jaong, misalnya memiliki banyak batu dengan ukiran manusia, Bongkissam dan Bukit Maras adalah tempat kuil Hindu lama.
Mengenai sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, Abdul Karim berkata, keadaan dijangka pulih tahun depan.
“Kerajaan negeri sudah mengambil beberapa langkah untuk menarik lebih banyak pengunjung datang ke Sarawak termasuk membenarkan penerbangan ke negeri ini, walaupun mereka yang memasuki Sarawak dari luar negara perlu dikuarantin sebaik tiba,” katanya.
Sumber: Harian Metro