Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Ya Allah, sayu rasa di pembukaan ElewsMart Bandar Baru Bangi, terima kasih yang hadir, yang datang dari jauh dan yang mendoakan”, kata Ebit Liew dalam laman facebook setelah merasmikan cawangan pasar rayanya di Bangi.
Sebelum ini, tular apabila penceramah terkenal ini bercadang untuk membuka 10 cawangan pasar raya yang dinamakan ElewsMart dengan tujuan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan bagi memiliki barangan runcit serta menyediakan peluang pekerjaan bagi golongan tersebut.
“Saya nak buat food bank di setiap ElewsMart dan teringin nak bantu jual barangan dengan harga paling murah. Begitu juga menyediakan peluang pekerjaan,” katanya.
“Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tanggungjawab untuk membayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.
ElewsMart juga menawarkan peluang pekerjaan buat 100 orang bagi jawatan Pengurus Cawangan, Penolong Pengurus, Pegawai Pemasaran, Penyelia dan Kakitangan Runcit.
Selepas Bandar Baru Bangi, cawangan ElewsMart yang dijangka akan dibuka selepas ini ialah di Kajang, Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.
PenggerakDaily