Categories
Berita Budaya Viral

PEMUDA NEGARA DESAK DUA TIMBALAN MENTERI FOKUS PADA AKSES INTERNET

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Pemuda Negara mendesak agar kedua-dua ahli politik segera hentikan layanan bersifat diskriminasi terhadap Veveonah dan menumpukan isu utama melibatkan jaringan dan akses internet di kawasan pendalaman Sabah.

Kenyataan ini dibuat atas keprihatinan Pemuda Negara mengenai isu yang kian tular melibatkan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abd Rahim Bakri terhadap mahasiswi UMS, Veveonah Mosibin.

“Tindakan kedua-dua ahli politik sama sekali tidak mencerminkan iltizam dan pendirian Kerajaan Perikatan Nasional yang menghormati pandangan, hak dan keperluan seluruh anak muda negara”, menurut sebuah kenyataan media, semalam.

“Pemuda Negara berpendirian teguh anak muda hari ini tidak sewajarnya diperlakukan seperti mana yang dihadapi oleh saudari Veveonah”.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *