JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh berusia 36 tahun ditahan polis kelmarin selepas didakwa mengasari seorang bayi berusia dua bulan sehingga patah peha ketika dalam jagaannya di sebuah premis di Bandar Dato’ Onn, di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pengasuh itu kini ditahan reman selama enam hari bermula semalam.
Menurut beliau, wanita itu ditahan bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen Sek 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.
“Kita telah terima laporan daripada ibu bapa kanak-kanak itu berhubung kejadian ini pada pukul 4.38 petang di Balai Polis Dato’ Onn,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Difahamkan, bapa kepada kanak-kanak itu yang merupakan seorang peniaga mengesan keadaan peha kiri anaknya bengkak dan tidak aktif selepas mengambil mangsa daripada kediaman pengasuhnya pada 15 Julai lalu.
Bapa mangsa kemudian membawa anaknya untuk pemeriksaan doktor sebelum disahkan peha kiri anaknya itu telah patah dipercayai berlaku di kediaman pengasuh berkesan.
Penggerak Daily