Oleh: Editorial Penggerak Daily
Susulan tular mengenai cetakan logo jata negara di bahagian dalam kasut, pengeluar kasut jenama Beethree mohon maaf secara terbuka atas kesalahan dan kecuaian mencetak syarikatnya.
Dimaklumkan, kesilapan tersebut berlaku berikutan kekurangan pengalaman dalam kalangan pekerja dan pihaknya telah mengarahkan pemberhentian produk tersebut serta-merta.
“Kami dari syarikat BeeThree Footwear ingin membuat permohonan maaf di atas kesilapan syarikat kami yang telah meletakkan logo Jata Negara di bahagian ‘insole’ seperti yang tular di media sosial hari ini.
Syarikat berkenaan telah menghentikan pengeluaran produk yang mempunyai logo tersebut.
Rata-rata netizen membidas syarikat pengeluar kasut tersebut yang cuai dan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat di Malaysia.
Malahan, tindakan cuai ini berbahaya kerana menimbulkan ketidaktenteraman awam.
PenggerakDaily
Kredit gambar: Sinar Harian