Oleh: Editorial Penggerak Daily
Petang tadi, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Johor, YB Dato’ Hj Rashid Hasnon merangkap Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat telah meraikan Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Dato’ Rashid merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat meraikan DYMM Sultan Johor di Istana Batu Pahat.
Bagi masyarakat Johor yang mengikuti perkembangan politik semasa, hubungan rapat antara pemimpin masyarakat dan institusi beraja amat penting dalam mempertahankan keharmonian dan kestabilan negara.
Sebelum ini pengumuman yang dibuat ketua pembangkang dikatakan menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara menimbulkan keresahan sebahagian masyarakat.
Tentunya harapan rakyat agar kemelut politik semasa dapat diuruskan dengan cermat supaya usaha bina semula negara dapat dijalankan dengan baik.
PenggerakDail