Oleh: Editorial Penggerak Daily
Pelik, selalunya kalau seorang ahli sukan cipta rekod, pasti disanjung. Namun sebaliknya bagi peninju wanita, Seniesta Estrada.
Seniesta Estrada baru sahaja mencipta rekod luar biasa dengan pukulan KO dalam masa 7 saat. Wanita ini mencatatkan lagi rekod tanpa kalah dengan 19 kemenangan (19-0).
Dalam usaha mempertahankan tali pinggang juara kelas flyweight WBC, Estrada menentang Miranda Adkins di California. Setelah loceng dibunyikan tanda bermulanya perlawanan, Seniesta telah mengasak Miranda dengan tumbukan dan dalam 7 saat, Miranda tumbang.
Namun, peenonton dan peminat tinju tidak gembira dengan kemenangan Estrada kerana perlawanannya yang tidak seimbang atau lawan yang tidak sepadan kerana Miranda yang sudah berusia (42 tahun) dan baru sahaja bertinju sebanyak 5 kali dalam kariernya.
Mereka bukan sahaja menganggap perlawanan ini berat sebelah, malahan menganggap K.O yang dilakukan K.O paling syok dalam sejarah. Ada yang berkata, perlawanan ini bagaikan juara dunia bertarung dengan lawan yang seperti ibu kepada pemain bola.
PenggerakDaily