Program Insentif Pengambilan Kerja, Penjana Kerjaya berjaya membantu lebih 120,000 pencari kerja melalui Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara Myfuture Jobs sejak dilancarkan Jun lalu.
Menurut Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka, Abd Razak Omar, daripada jumlah itu, 3,351 mendapat pekerjaan dan dituntut di bawah skim itu di Melaka.
Manakala bagi kategori majikan pula, 2,437 majikan telah berdaftar dan menggajikan pekerja di negeri itu.
“Masih ramai masyarakat yang masih belum tahu.”
“Jadi saya harap mereka mengambil peluang ini dengan mengambil pekerja di bawah skim Penjana Kerjaya.”
“Bersama kita memulihkan ekonomi negara dengan mengambil pekerja baharu seterusnya membuat tuntutan di bawah skim Penjana Kerjaya.”
Beliau berkata demikian pada Majlis Santunan Orang Berinsurans dan Simbolik Penyampaian Cek Penjana kepada majikan di sebuah stesen minyak di Ayer Keroh.
Sumber: RTM