Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebanyak RM19 juta atau 41% daripada RM46.5 juta peruntukan melalui PENJANA disalurkan kepada Felda Kerteh 5, Kemaman bagi menyiapkan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) Fasa 1 yang terbengkalai.
“Projek berkenaan telah bermula sejak 2014 di tanah seluas 26.1 ekar melibatkan 300 unit rumah, namun hanya 58% sahaja telah siap.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid pada Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
“Tumpuan FELDA pada masa ini adalah untuk menyiapkan 20 tapak projek PGBF yang mengandungi 4,794 unit rumah dengan kemajuan kerja lebih 70% seperti ditetapkan dalam kertas putih”,
“Setakat ini 2,358 unit siap dibina dan daripada jumlah tersebut 1,603 sudah diserahkan kunci kepada para peserta”.
Sumber: RTM